Saturday, July 24, 2021

Hambar

Terasa hambar nya kehidupan.

Dia dah tak ada pula cakap nak berkahwin lain. In fact aku pun okay kalau dia nak kahwin baru pun. 

Sebab aku betul-betul dah tawar hati dah tak ada rasa. Ada rasa kasihan, rasa sayang sebagai suami isteri masih ada. Tak boleh tengok suami berlapar dan sebagainya. Namun dah tak ada lagi rasa sayang macam pasangan kekasih. Dah tak ada rasa cinta. 

Tiap kali aku pujuk hati untuk terus positif dan bersangka baik dengan relationship kami, memori-memori lama yang pahit asyik berlegar-legar dalam ingatan. Terbayang-terbayang. Banyak kali aku cuba maafkan dan melupakan. Makin dilupakan makin rasa nak gila. Ada saja kenangan susah payah bersama yang manis dan bila terkenang mula berderai-derai air mata jatuh tanda redha bersyukur atas ujian Tuhan dulu.

Aku rasa betul-betul hambar dan kosong bila dia panggil aku lembap. Bila dia cakap aku ni asyik sakit je. Bila dia menangkan arwah bapa aku yang dia tak pernah kenal pun. Bila dia sebut nama mak bapak aku kaitkan dengan perbuatan cerai-berai ni. Bila dia dengan nada tinggi suruh aku buang rahim aku. Bila dia mengamuk tak tentu pasal. Bila dia maki hamun orang awam. 

Entah lah. Aku betul-betul dah tak ada rasa.

Wednesday, June 30, 2021

Aku bagaikan lumpuh

 Aku rasa aku macam dah lumpuh.

Tubuh badan sihat. Gemok. Boleh berjalan, masak, makan, pakai sendiri. Tapi harini aku baru sedar aku dah tak boleh nak ikut satu arahan pun. Aku rasa lembam, bodoh, dan lumpuh. 

Balik dari appointment doktor tadi aku tiba2 rasa cemas, sakit dada dan susah hati. Bila otw ke kk dengan husb aku dia pula ungkit2 pasal petrol kereta dia. Tak cukup lah kereta nak mati lah. Aku fikir topup sebulan almost rm400 boleh pula. Spent ke office akmal tu wifi kat sana rm400 sebulan boleh pula. Ya aku tahu itu melibatkan kerja jadi ia penting. Habis aku yang dah sarat mengandung bila2 boleh bersalin ni tak penting ke?

Apppointment dengan psikiatrik dah 3 kali tangguh. Tadi doktor ada advice ya dia baik cuma setiap bebelan doktor tu aku rasa macam dah tak boleh nak masuk. Aku rasa nak pecah kepala. Sepanjang bebelan nasihat dia aku terus sakit kepala. Aku jadi cemas.

Doktor suruh aku ke pejabat agama untuk dapatkan kaunseling beserta psikiatrik di hospital Selayang.

Sunday, June 13, 2021

Trying to keep on thinking positively

Semakin hari semakin kuat pula rasa ragu-ragu tu.

Mungkin sebab sebelum ini pernah kantoi. Jadi dari situ aku dah mula trauma dan dah tak boleh nak percaya lagi.

Dulu pun hanya instinct sahaja. Dan memang tepat instinct aku tu. 

Makin lama dah tak makin endah dah dengan aku. Dengan anak pun bersahaja tak macam biasa. Time aku mengandung ni ada la dia tolong cuci pinggan mangkuk dan lap meja lipa toto kemas mainan Ehsan.

Tapi buang sampah memang tak susah nak buat. Aku yang sarat ni juga yang nak kena angkut turun bawah buang. Sedangkan aku baru je keluar hospital 2 minggu lepas. Tak akan tak ada common sense.

Bila sayang tu dah makin pudar, lama2 kita pun dibiarkan saja. Aku kecil hati sangat. Tak tahu kenapa anak no 2 ni asyik menangis je aku cepat sebak terasa. Namun pendam seorang diri.

Aku marah dengan diri aku. Sebab tak berduit. Kalau aku ada duit aku boleh beli supplement dan jamu2 yang boleh merawat penyakit yang aku alami ni.

Betul kata mak aku, kalau kita dah tak cantik tak elok dah suami memang tak pandang dah.

Walaupun tulang pubic aku ada yang crack sikit yang menyebabkan aku sakit kalau duduk atau baring terlalu lama aku nak juga bekerja dan bergaji selepas habis berpantang kali ni.

Aku susah sangat bila macam ni. Aku susah sangat.. aku dipandang rendah aku tak dipandang pun.

Saturday, June 5, 2021

Pergimu

 


PERGIMU

Bila kata-kata
Tak lagi bermakna,
Gunakan diammu.

Namun bila diammu
Tak juga dihargai,
Pakailah pergimu.

(k.p)

Source: Twitter


Aku perlukan kerja

Buat masa sekarang ni jalan keluar yang aku nampak adalah aku kena bekerja. Aku kena ada kerjaya. Bila lah nak sampai rezeki untuk aku dapat kerja ni. Umur nak masuk 28 tahun depan. Masih ada kah lagi peluang aku untuk bekerjaya.

Ya Allah bantu lah aku. Aku tak ada tempat bergantung hidup selain engkau.

Aku perlukan sangat kerja. Aku teringin nak beli sesuatu untuk diri sendiri. Sampai bila aku nak harap bantuan orang lagi? Bantu lah aku ya Allah. Aku kena juga kerja agar aku  oleh terus waras. Agar aku tidak tertekan dan mental di rumah. Bila duduk di rumah, aku hanya diperlecehkan sahaja. 

Aku buat untuk diri aku. Bantu lah aku ya Allah. Bagi aku jalan penyelesaian. Nak beli barang jamu untuk aku sihat pulih sepenuhnya. Aku betul2 mahu kembali sihat seperti dulu. Agar aku boleh teruskan beraktiviti macam dulu lagi. Bantu aku tolong aku.

Aku sudah buntu. Seolah-olah berada di jalan mati. 


Tak perlu tunding jari

Aku rasa apa yang tinggal antara kau dengan aku hanyalah kebencian dan salah faham.

Salah ke kalau aku marah merajuk sebab suami nak kahwin lain?

Dan macam biasa aku akan terus dipersalahkan. Diperli. Dimaki lagi.

Sekarang dah tak nak bertegur sapa. Dalam rumah sendiri. Aku yang tengah sarat mengandung ni. Aku cuba masak sedap2 untuk kau dan anak. Kau makan. Aku happy. Tapi sakit hati aku bila sapaan aku kau balas acuh tak acuh.

Kau biar kan aku dengan anak berdua tak bertanya apa. Kau sekadar ada untuk nafkah makan dan tempat tinggal serta pakaian. Selebihnya kau rasa kau orang paling tertekan dalam tempoh pkp ni. Nafkah batin kasih sayang? Bertanya khabar? Berborak? Acuh tak acuh.

Doktor kata rahim aku elok. Rahim aku tak perku dibuang. Kau ragui aku. Laluan faraj aku cantik dan normal. Masih kau tak puas hati.

Apakah kau mahu gunakan alasan 'aku tak boleh lagi mengandung', supaya kau ada alasan kukuh untuk kahwin satu lagi? Kau tak puas hati tentang hal tu? Sampai tak nak bertegur sapa.

Memang aku minta cerai. Tetapi hanya jika engkau teruskan niat berkahwin lain. Kalau kau tak ada niat itu, buat apa nak bercerai? Aku masih sayang kan keluarga aku. Tapi kau? Dingin tak tentu pasal. Dingin kerana apa? Dingin sebab tiada alasan untuk kahwin baru? Aku dah izinkan nak kahwin baru, silakan. Namun, aku minta dengan baik sekali lepaskan lah aku. Aku pun manusia biasa. Aku tak mampu nak berkongsi kasih. Aku rasa aku dah cakap dengan jelas sebelum ni. Namun masih lagi salah aku. 

Sampai bila nak begini? Tak lama lagi aku nak bersalin. Nak berpantang. Sekali lagi kau nak seksa aku macam mana kau pernah seksa mental aku ketika pantang Ehsan dulu? Sampai hati kau...



Friday, June 4, 2021

Bayi itu hadir sebagai cahaya

 Ya Allah. 

Rasa tak ada tempat dah nak mengadu. Hanya blog ni jelah yang setia menjadi pendengar aku.

Harini cukup 27Minggu 2Hari kandungan. Sikit lagi nak masuk final trimester. Makin nak dekat bersalin makin banyak dugaan. 

Aku seakan tak percaya yang suami aku minta izin married to a second wife. Ya ketika aku tengah sarat mengandung. Dah sebulan dia kerap tidur dekat office dia. Aku tinggal berdua je dengan Ehsan di rumah. Suami aku akan balik subuh untuk makan kemudian bergegas keluar balik untuk bekerja. Balik tengah hari sekejap untuk hantar lauk. Aku percaya bab cari rezeki suami aku memang gigih orang nya. Gigih belajar gigih bersengkang mata. Aku faham dan aku tak kecil hati jika dia benar-benar sibuk.

Benda yang paling aku takut trauma sebab ibu abah dulu pun bercerai berai. Hidup yang tak aman. Penuh derita dan berendam air mata. Niat aku berkahwin nak mencari kebahagiaan. Nak bina keluarga yang happy. Tak nak jadi macam ibu abah dulu. Tapi macam tak sangka perkara tu hampir berlaku pada diri aku.

Yang paling menyakitkan adalah, bila suami ada di rumah, dia dah mula tak bercakap sangat dengan aku. Aku sedih sangat. Dengan time pkp yang dah lebih 2 bulan aku dan Ehsan terperal dalam rumah. Aku tak ada sesiapa nak bersembang selain Ehsan. Mungkin sebab dia dah bosan dengan aku. Setakat mengidam suami tak mampu bagi aku boleh tahan. Aku cuma terasa hati bila aku depan mata ni dia dah tak nak bersembang dengan aku. Dia ada kata yang dia tengah stress dengan PKP sekarang sebab banyak benda payment dan income jadi lambat. Tetapi tak kan lah sampai dah tak boleh nampak aku depan mata. 

Aku hari2 tak tidur lena sebab terlalu risau dengan suami yang nak berkahwin isteri ke-2. Dengan barang2 pantang dan barang basic baby yang tak ada lagi. Setiap kali baring, dan pejam mata baru nak terlelap jantung akan jadi laju seolah2 aku dibungkus dengan selimut betapa sukarnya nak bernafas. Perut kejang baby mengeras. Malam tak boleh tidur pagi2 pula Ehsan dah minta makan.. ya Allah rasa nak pengsan. Tak terdaya rasanya. Tapi kuat sebab anak2...

Aku kerap sebak menangis sorang diri. Aku cuba tahan tak nak menangis kesian dekat baby dalam perut dia stress. Sampai keras2 perut ni. Sampai baby tak bergerak lama. Esok nya baru bergerak itu pun perlahan. Mungkin dia marah atau protes tak nak bercakap dengan aku sebab aku tak benarkan dia kahwin lain. Kalau nak juga kahwin aku minta dia lepaskan aku. Soalnya aku tak mampu nak berkongsi dan berbahagi kasih. 

Aku tak boleh bayangkan betapa bahagianya dia dengan isteri baru dia nanti sedangkan aku dengan anak di rumah terkontang kanting sendirian tiada tempat nak berkasih sayang. Tiada duit. Hidup hanya di rumah membesarkan anak dua orang sendiri. Tak sempat nak cantikkan diri. Down nya aku. Hanya dengan anak sahaja lah tempat untuk aku luahkan perasaan dan curahkan kasih sayang. 

Aku menderita sangat. Sedangkan apa yang aku mengidam pun aku minta macam berat nak ditunaikan. Kenapa ya aku diuji begini. Aku faham mungkin juga Tuhan nak hapuskan dosa lama atau menyucikan aku. Tapi dengan keadaan aku sedang mengandung anak yang baik ni, anak ni rezeki kunci kebahagiaan. Aku cuma berdoa anak dalam perut ni kuat sihat tak stress. Aku tak nak dia lahir2 nanti menangis je faktor stress dalam perut lagi. Kesian dia. Anak aku tak bersalah pun. 

Aku cuba lawan tak nak fikir benda ni semua nak happy terus. Tapi bila Ehsan menangis, merengek minta biskut dekat kedai, habis duit syiling aku korek nak belanja Ehsan. Bila Ehsan memberontak menangis sampai tertidur di sudut lantai sebab mahu keluar ke taman permainan tapi aku tak terdaya malah PKP pula. Aku jadi lemah dan berduka pula. Lemah nya aku. Sedih nya aku. Payah nya hidup ini Tuhan.

Aku harap sangat minta sangat Allah mudahkan urusan bersalin aku. Urusan berpantang aku. Aku betul2 nak sihat. Aku nak kerja lepas habis pantang. Aku nak ada duit sendiri yang apa anak aku minta semua aku boleh bagi. Apa aku teringin makan semua aku boleh beli. Aku nak bagi aktiviti pada anak2 luangkan masa untuk diorang. Aku nak bayar duit kawan2. Aku nak setelkan saman kereta myvi hitam yang adik aku pakai sebab nama aku. Nak bayar saman mahkamah RM2K. Aku nak bayar guna hasil titik peluh aku. Aku betul2 nak sihat agar aku boleh guna kudrat dan tubuh serta akal aku 150%!

Kalau betul pun nak kahwin lain, aku baru tolak sikit macamni dah mula tak bercakap dan dingin dengan aku. Macam mana aku nak percaya dengan janji suami yang akan berlaku adil walaupun dah berpoligami. Aku betul2 buntu dan terasa sunyi sekali. Aku sunyi tiada teman tiada tempat nak berkongsi rasa. Tiada tempat nak mengadu. 

Ini lah tempat aku luahkan perasaan. Cukup2 lah aku susahkan keluarga aku sebelum ni. Kawan2.. sampai aku berhutang dengan kawan dan ada yang tak terbayar lagi.. Aku rasa malu nak mengadu domba pada mereka ni. Biarlah aku harungi seorang diri. 

Ehsan menjadi saksi. Tetapi pada masa yang sama aku tak nak Ehsan tersalah erti. Setiap kali air mata menitis, Ehsan akan datang dan lap air mata aku terus memeluk aku. Syurga buat mu anak ku. Ehsan mulia sangat hatinya. Suci sangat anak mami ni. Mami bersyukur ada Ehsan dengan mami. Rezeki yang tak boleh dijual beli. Nyawa mami. Begitu juga dengan adik baby dalam perut ni. 

Doakan mami kuat dapat selesaikan segala masalah ni dengan tenang. Dapat kerja yang baik untuk masa depan. Dapat improve diri mami. Mami nak buat bermacam2 aktiviti. Dengan syarat aku kena sihat sepenuhnya! Bantu aku ya ALLAH...

Sabtu

5/6/2021

4.45pagi