Ya Allah.
Rasa tak ada tempat dah nak mengadu. Hanya blog ni jelah yang setia menjadi pendengar aku.
Harini cukup 27Minggu 2Hari kandungan. Sikit lagi nak masuk final trimester. Makin nak dekat bersalin makin banyak dugaan.
Aku seakan tak percaya yang suami aku minta izin married to a second wife. Ya ketika aku tengah sarat mengandung. Dah sebulan dia kerap tidur dekat office dia. Aku tinggal berdua je dengan Ehsan di rumah. Suami aku akan balik subuh untuk makan kemudian bergegas keluar balik untuk bekerja. Balik tengah hari sekejap untuk hantar lauk. Aku percaya bab cari rezeki suami aku memang gigih orang nya. Gigih belajar gigih bersengkang mata. Aku faham dan aku tak kecil hati jika dia benar-benar sibuk.
Benda yang paling aku takut trauma sebab ibu abah dulu pun bercerai berai. Hidup yang tak aman. Penuh derita dan berendam air mata. Niat aku berkahwin nak mencari kebahagiaan. Nak bina keluarga yang happy. Tak nak jadi macam ibu abah dulu. Tapi macam tak sangka perkara tu hampir berlaku pada diri aku.
Yang paling menyakitkan adalah, bila suami ada di rumah, dia dah mula tak bercakap sangat dengan aku. Aku sedih sangat. Dengan time pkp yang dah lebih 2 bulan aku dan Ehsan terperal dalam rumah. Aku tak ada sesiapa nak bersembang selain Ehsan. Mungkin sebab dia dah bosan dengan aku. Setakat mengidam suami tak mampu bagi aku boleh tahan. Aku cuma terasa hati bila aku depan mata ni dia dah tak nak bersembang dengan aku. Dia ada kata yang dia tengah stress dengan PKP sekarang sebab banyak benda payment dan income jadi lambat. Tetapi tak kan lah sampai dah tak boleh nampak aku depan mata.
Aku hari2 tak tidur lena sebab terlalu risau dengan suami yang nak berkahwin isteri ke-2. Dengan barang2 pantang dan barang basic baby yang tak ada lagi. Setiap kali baring, dan pejam mata baru nak terlelap jantung akan jadi laju seolah2 aku dibungkus dengan selimut betapa sukarnya nak bernafas. Perut kejang baby mengeras. Malam tak boleh tidur pagi2 pula Ehsan dah minta makan.. ya Allah rasa nak pengsan. Tak terdaya rasanya. Tapi kuat sebab anak2...
Aku kerap sebak menangis sorang diri. Aku cuba tahan tak nak menangis kesian dekat baby dalam perut dia stress. Sampai keras2 perut ni. Sampai baby tak bergerak lama. Esok nya baru bergerak itu pun perlahan. Mungkin dia marah atau protes tak nak bercakap dengan aku sebab aku tak benarkan dia kahwin lain. Kalau nak juga kahwin aku minta dia lepaskan aku. Soalnya aku tak mampu nak berkongsi dan berbahagi kasih.
Aku tak boleh bayangkan betapa bahagianya dia dengan isteri baru dia nanti sedangkan aku dengan anak di rumah terkontang kanting sendirian tiada tempat nak berkasih sayang. Tiada duit. Hidup hanya di rumah membesarkan anak dua orang sendiri. Tak sempat nak cantikkan diri. Down nya aku. Hanya dengan anak sahaja lah tempat untuk aku luahkan perasaan dan curahkan kasih sayang.
Aku menderita sangat. Sedangkan apa yang aku mengidam pun aku minta macam berat nak ditunaikan. Kenapa ya aku diuji begini. Aku faham mungkin juga Tuhan nak hapuskan dosa lama atau menyucikan aku. Tapi dengan keadaan aku sedang mengandung anak yang baik ni, anak ni rezeki kunci kebahagiaan. Aku cuma berdoa anak dalam perut ni kuat sihat tak stress. Aku tak nak dia lahir2 nanti menangis je faktor stress dalam perut lagi. Kesian dia. Anak aku tak bersalah pun.
Aku cuba lawan tak nak fikir benda ni semua nak happy terus. Tapi bila Ehsan menangis, merengek minta biskut dekat kedai, habis duit syiling aku korek nak belanja Ehsan. Bila Ehsan memberontak menangis sampai tertidur di sudut lantai sebab mahu keluar ke taman permainan tapi aku tak terdaya malah PKP pula. Aku jadi lemah dan berduka pula. Lemah nya aku. Sedih nya aku. Payah nya hidup ini Tuhan.
Aku harap sangat minta sangat Allah mudahkan urusan bersalin aku. Urusan berpantang aku. Aku betul2 nak sihat. Aku nak kerja lepas habis pantang. Aku nak ada duit sendiri yang apa anak aku minta semua aku boleh bagi. Apa aku teringin makan semua aku boleh beli. Aku nak bagi aktiviti pada anak2 luangkan masa untuk diorang. Aku nak bayar duit kawan2. Aku nak setelkan saman kereta myvi hitam yang adik aku pakai sebab nama aku. Nak bayar saman mahkamah RM2K. Aku nak bayar guna hasil titik peluh aku. Aku betul2 nak sihat agar aku boleh guna kudrat dan tubuh serta akal aku 150%!
Kalau betul pun nak kahwin lain, aku baru tolak sikit macamni dah mula tak bercakap dan dingin dengan aku. Macam mana aku nak percaya dengan janji suami yang akan berlaku adil walaupun dah berpoligami. Aku betul2 buntu dan terasa sunyi sekali. Aku sunyi tiada teman tiada tempat nak berkongsi rasa. Tiada tempat nak mengadu.
Ini lah tempat aku luahkan perasaan. Cukup2 lah aku susahkan keluarga aku sebelum ni. Kawan2.. sampai aku berhutang dengan kawan dan ada yang tak terbayar lagi.. Aku rasa malu nak mengadu domba pada mereka ni. Biarlah aku harungi seorang diri.
Ehsan menjadi saksi. Tetapi pada masa yang sama aku tak nak Ehsan tersalah erti. Setiap kali air mata menitis, Ehsan akan datang dan lap air mata aku terus memeluk aku. Syurga buat mu anak ku. Ehsan mulia sangat hatinya. Suci sangat anak mami ni. Mami bersyukur ada Ehsan dengan mami. Rezeki yang tak boleh dijual beli. Nyawa mami. Begitu juga dengan adik baby dalam perut ni.
Doakan mami kuat dapat selesaikan segala masalah ni dengan tenang. Dapat kerja yang baik untuk masa depan. Dapat improve diri mami. Mami nak buat bermacam2 aktiviti. Dengan syarat aku kena sihat sepenuhnya! Bantu aku ya ALLAH...
Sabtu
5/6/2021
4.45pagi
No comments:
Post a Comment
Nak tanya apa? Tanya lah..