Buat masa sekarang ni jalan keluar yang aku nampak adalah aku kena bekerja. Aku kena ada kerjaya. Bila lah nak sampai rezeki untuk aku dapat kerja ni. Umur nak masuk 28 tahun depan. Masih ada kah lagi peluang aku untuk bekerjaya.
Ya Allah bantu lah aku. Aku tak ada tempat bergantung hidup selain engkau.
Aku perlukan sangat kerja. Aku teringin nak beli sesuatu untuk diri sendiri. Sampai bila aku nak harap bantuan orang lagi? Bantu lah aku ya Allah. Aku kena juga kerja agar aku oleh terus waras. Agar aku tidak tertekan dan mental di rumah. Bila duduk di rumah, aku hanya diperlecehkan sahaja.
Aku buat untuk diri aku. Bantu lah aku ya Allah. Bagi aku jalan penyelesaian. Nak beli barang jamu untuk aku sihat pulih sepenuhnya. Aku betul2 mahu kembali sihat seperti dulu. Agar aku boleh teruskan beraktiviti macam dulu lagi. Bantu aku tolong aku.
Aku sudah buntu. Seolah-olah berada di jalan mati.
No comments:
Post a Comment
Nak tanya apa? Tanya lah..