Friday, February 7, 2020

Dominos Pizza : Aloha chicken

Hari minggu hari cuti ni aku dah setel basuh baju, sidai baju dan masak. Ingat nak sambung lipat baju terus. Tapi macam rasa nak ke gym teruskan misi sihat. 

Tadi aku masak nasi, tempe goreng, sayur lemak kubis dan oh ya stok sambal penyet yang aku buat tu  ada lagi sikit boleh lah bertahan dalam 3 hari lagi. Mungkin kena buat stock baru. Tapi bukan harini topup. Mungkin esok lusa baru topup baru. Hihi.. bangun tidur si Ehsan minta bukakan tupperware biskut tiger. Lapar sambil kunyah sambil tengok cartoon dia. 

Setel baju sempat lah aku tanam ketumbar depan umah ni. Ehsan ni lapar aku suap nasi tak mau. Akhirnya husb n aku decide bawak anak makan pizza since dia dari malam tadi cakap nak pizza. Ehsan ni cerewet gila bab makan. Ya salah aku lah time pregnant dulu memilih makan. Bukan lah memilih sangat pun actually aku memang tak boleh telan especially telur goreng. Rupanya Ehsan memang 100% reject telur. Susah gila nak bagi makan budak ni. 

Tengok lah tu suka betul dapat pizza dia. Habis lah satu slice. Leftover tu simpan kot japgi tengah workout dia minta lagi. Haha...


Tahniah buat Dominos Pizza sebab personal pan pizza ni betul2 memudahkan dan membantu. RM5 je jadi lah anak aku je yang nak makan pun. Tak lah membazir.

Tu je yang nak update setakat ni. Tunggu Gym Cobra BBS ni buka rupanya Mon-Sat for staffed dorang buka pukul 2 ptg. Sambil tgu gym buka sambil update blog. Huhu.. 

K lah bye...

No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa? Tanya lah..