Monday, February 10, 2020

Punca atau Sebab Kematian Abam Bocey

Pagi semalam aku digemparkan dengan berita pemergian seorang penghibur terkenal yang baik hati orang nya iaitu Abam Bocey.

SS from my Twitter account


Ibu arwah menyatakan bahawa isteri arwah kejut bangun subuh namun dia dapati arwah tidak sedarkan diri. Beliau yang sudah 2 hari demam panas disahkan pulang ke rahmatullah oleh Doktor.

Beliau pergi di hari yang baik iaitu hari Isnin malah cuaca sangat lembut angin yang segar dan awan yang mendung namun tidak hujan. Pemergian nya dihadiri beribu orang menandakan dia seorang yang disayangi Allah swt.

Semoga arwah Abam Bocey diletakkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH.




Nasi Ayam Paling Sempi tapi Sedap Macam di Kedai! : VERSI NAK CEPAT


Hi peeps! Assalamualaikum. Cerita pagi Isnin semalam bangun je pagi Ehsan minta nasi. Mami turn on dvd pasang Jack Ryan. Ehsan tak mandi lagi tu aku terus masak sup, perap ayam dan basuh beras. 

Ya step basuh beras terbalik paling akhir sebab aku masak nasi ayam so i need the chicken soup and cook the rice together with it lah for sure. Kalau tak, nak buat apa kan buang mashewww 😂 itu ler ghope nasi ayam aku yang nak cepatss..

Biasa nasi ayam aku buat lain gaiz bukan cenggini. Ini sebab bahan kat umah pun limited. Ujung2 aje. Haha so guna lah apa yang ada. Yang penting anak dan suami I kenyang 🤣

RULES BUAT NASI AYAM : 
1. MASAK SUP DULU 
2. PERAP AYAM
3. MASAK NASI

Kalau korang langgar 3 rules ni, alamat nya tunggang langgang. Nanti tersilap masuk bahan lah. Tertinggal itu lah ini lah. Sebab aku dah lalui hahaha. Ni pesanan untuk mudahkan korang je gaiz. Mana tau mentua nak datang ke kan. Ni memang aku bagi recipe paling sempoi paling sedap dah ni. 

P/s: anyway tolong gais korang yang ada gmail akaun tu please sign in dan follow blog aku ni. Taw korang! Tq korang sayang sangat. Tengok lah follower aku ni 2 orang je gaiz. Itu pun diri sendiri yang follow. 😂


1. Sup Ayam Mantap
Ini gambar takda gaiz. Taram je buat soup malas sebab bahan banyak tak ada. So bantai ajer untuk anak aku penting ada sayur.

Okay ni aku buat sup sayur dengan fishcake untuk Ehsan. Letak cendawan and carrot je. Kalau betul2 punya sup nasi ayam biasa aku buat memang kaw2 padu. Boleh rujuk posting aku yang baru kalau nak full recipe. Tapi x pelah cerita sikit lah kat sini.

Bahan sup:
1. Lada hitam 10 biji
 2.Lada putih 10 biji
3. Jintan manis 1 sudu teh.
 4. Jintan putih 1/2 tsp
5. Cinnamon 1 stick
6. Pelaga 3 biji
7. Cengkih 3 biji
8. Bunga lawang 1 biji
6. Daun salam / Bay leaf 2 helai
7. Bawang merah kecil 4 biji
8. Garlic 3 cloves
9. Halia 1 inci
10. Ayam untuk diperap tu masukkan rebus sekali dalam sup ni
11. Garam/gula
12. Daun sup
13. Daun bawang

Cara sup:
Korang tumis bawang2 dengan kesemua herbs tu. Dah naik bau masukkan ayam then masukkan air. Ikut berapa banyak nak sup tu. Korang rasa lah sendiri kehangatan soup ni memang boleh buat niage woi! Last sekali baru korang tabur daun sup daun bawang dan bawang goreng.

2. Ayam Perap Kicap
Ayam yang dah direbus dalam sup tadi perap with garlic + ginger + kicap + madu/gula

  Let the chicken rest. The longer the prep the better the taste. Weeee.. the best way is blending up all the onions then baru perap. But aku nak cepat anak dah lapar aku just tumbuk aje. Oh yes capcicum tu because somi saya suka sangat capcicum and because out of stocks of cucumber and salads. Hence the capcicum is there.

 This is how it looks like.
Nanti yang extra kicap perapan tu jangan buang. Keep it for the later use. We can make sos kicap tu dengan masak atas pan tambah air dan sedikit tepung like for a half spoon of wheat flour camtu.
Cara masak ayam perap ni sama ada goreng deep fry atau grill. Ikut korang kay.
Best makan kalau korang deep fry ayam perap tadi. 
Macam aku ni sebab nak cepat and sebab nak kurangkan oily foods. Sebab lately kami anak beranak kerap makan fried foods so i just grilled the chicken camtu je. Its up to you guys. But the taste would be phenomenal if korang deep fry ayam perap tu SUMPAH!
Anyway makesure goreng ayam setelah tanak nasi. Means biar je ayam tu prep lama sikit tinggal je and you go to nasi pula.

3. Masak Nasi Ayam

Bahan :
1. Beras tak kisah berapa pot
2. Daun pandan
3. Halia 1 inci diketuk
4. Bawang putih 3 cloves diketuk
5. Soup ayam tadi
6. Butter/planta/minyak
7. Garam untuk naik rasa agak2 je

Cara:
Cara dia sama je macam tanak nasi putih.
 Just gantikan air paip dengan soup tadi. Tumis dulu 2.3.4.6 di kuali lain. Then masukkan soup ikut ukuran berapa cup nasi. Kalau nasi 2 pot means air kena 4. Atau ikut je lah jari korang tu. Doublekan je level beras tu. Dah masuk sup kat beras baru tuang bahan tumis tu dalam periuk nasi tu. Dah gi switch on periuk ko sana. Setel.

Ingat ya, Nasi ayam ni mesti masak sementara ayam tadi tengah perap. Dah setel tanak nasi then masak sos baru ler goreng ayam tu ya.

4. Masak Sos Cili
*cili api depend level kepedasan
*cili hidup 5 tangkai
*bawang merah kecil 5 biji
*ajinamoto
*garam sikit yo

Cara:
Blend up semua ni dan rebus kan dia. Kalau suka manis boleh tambah gula sikittt...

5. Sos kicap

Sos perap ayam tu tadi letak semua dalam kuali tambah air sikir dan sedikit tepung gandum untuk kasi pekat. Dah pekat boleh tutup api. Setel...

10 pagi dah siap masak demi anak alahai

Sian anak mami. Bayangkan lapar dia tu. Dia terus duduk depan makanan belum mandi lagi tu. Nak membesar gamaknya..


P/s:
Korang cuba la resepi aku ni aku ikhlas tau share kat sini. Kalau korang cuba tag lah aku kat ig atau komen kat blog ni k. Selamat mencuba gaiz!

Friday, February 7, 2020

Dominos Pizza : Aloha chicken

Hari minggu hari cuti ni aku dah setel basuh baju, sidai baju dan masak. Ingat nak sambung lipat baju terus. Tapi macam rasa nak ke gym teruskan misi sihat. 

Tadi aku masak nasi, tempe goreng, sayur lemak kubis dan oh ya stok sambal penyet yang aku buat tu  ada lagi sikit boleh lah bertahan dalam 3 hari lagi. Mungkin kena buat stock baru. Tapi bukan harini topup. Mungkin esok lusa baru topup baru. Hihi.. bangun tidur si Ehsan minta bukakan tupperware biskut tiger. Lapar sambil kunyah sambil tengok cartoon dia. 

Setel baju sempat lah aku tanam ketumbar depan umah ni. Ehsan ni lapar aku suap nasi tak mau. Akhirnya husb n aku decide bawak anak makan pizza since dia dari malam tadi cakap nak pizza. Ehsan ni cerewet gila bab makan. Ya salah aku lah time pregnant dulu memilih makan. Bukan lah memilih sangat pun actually aku memang tak boleh telan especially telur goreng. Rupanya Ehsan memang 100% reject telur. Susah gila nak bagi makan budak ni. 

Tengok lah tu suka betul dapat pizza dia. Habis lah satu slice. Leftover tu simpan kot japgi tengah workout dia minta lagi. Haha...


Tahniah buat Dominos Pizza sebab personal pan pizza ni betul2 memudahkan dan membantu. RM5 je jadi lah anak aku je yang nak makan pun. Tak lah membazir.

Tu je yang nak update setakat ni. Tunggu Gym Cobra BBS ni buka rupanya Mon-Sat for staffed dorang buka pukul 2 ptg. Sambil tgu gym buka sambil update blog. Huhu.. 

K lah bye...

Thursday, February 6, 2020

Hilang 25kg secara sihat dalam masa 6 Bulan (Episode 1)

Assalamualaikum guys!

Ya Allah dah lama tak update blog almost 3 years lah kalau last posting 2017 and now is 2020 dah! Macam-macam yang terjadi dalam tempoh 3 tahun tak update blog ni. Banyak episode sedih. Dalam tempoh 3tahun ni juga sudah hampir 4 tahun aku jadi isteri dan sorang mak. 6 orang Ahli keluarga aku yang pulang ke rahmatullah.  AL-FATIHAH untuk arwah bapak aku Hj Basiron Wasimun,  makcik kesayangan aku Wahnani Rogayah,  atok, maktok, pakndak Leman, Pakteh Mael...

85Kg + (2018) 
Tapi, yang paling sedih sekali Adalah.. Cer ko tengok gambar aku kat atas tu. Bayarkan.. aku tak sedar selama 3 tahun ni juga berat badan aku daripada 55kg Naik mendadak hingga 70kg! Ko rasa gais?  Ko ingat aku x Saket hati ke Bila tahu diri aku gemok.  Serious selama ni aku rasa aku Kurus je maintain je sebab rumah aku x Ada full mirror. Sampai lah aku pergi shopping mall Nak Beli Baju Baru aku sedar aku gemok Ya rabbi! Maksud Nya selama 3tahun ni aku gemok la weh?

Down? Stress? Tak konfiden?  Malu nk bersosial? Anxiety?  Murung?  Semua tu Ada pada aku lepas aku sedar aku Macam tu.  Memang tak boleh terima diri aku gemok buruk Macam tu sebab selama ni aku rasa aku okay je weh..

Mesti korang teringin nak tengok gambar aku time Kurus Kan?  Nah ni 1 gambar aku Kurus dulu.

55kg + (2016)
Amacam? Beza banyak gila an???  Hahahha