Thursday, February 6, 2020

Hilang 25kg secara sihat dalam masa 6 Bulan (Episode 1)

Assalamualaikum guys!

Ya Allah dah lama tak update blog almost 3 years lah kalau last posting 2017 and now is 2020 dah! Macam-macam yang terjadi dalam tempoh 3 tahun tak update blog ni. Banyak episode sedih. Dalam tempoh 3tahun ni juga sudah hampir 4 tahun aku jadi isteri dan sorang mak. 6 orang Ahli keluarga aku yang pulang ke rahmatullah.  AL-FATIHAH untuk arwah bapak aku Hj Basiron Wasimun,  makcik kesayangan aku Wahnani Rogayah,  atok, maktok, pakndak Leman, Pakteh Mael...

85Kg + (2018) 
Tapi, yang paling sedih sekali Adalah.. Cer ko tengok gambar aku kat atas tu. Bayarkan.. aku tak sedar selama 3 tahun ni juga berat badan aku daripada 55kg Naik mendadak hingga 70kg! Ko rasa gais?  Ko ingat aku x Saket hati ke Bila tahu diri aku gemok.  Serious selama ni aku rasa aku Kurus je maintain je sebab rumah aku x Ada full mirror. Sampai lah aku pergi shopping mall Nak Beli Baju Baru aku sedar aku gemok Ya rabbi! Maksud Nya selama 3tahun ni aku gemok la weh?

Down? Stress? Tak konfiden?  Malu nk bersosial? Anxiety?  Murung?  Semua tu Ada pada aku lepas aku sedar aku Macam tu.  Memang tak boleh terima diri aku gemok buruk Macam tu sebab selama ni aku rasa aku okay je weh..

Mesti korang teringin nak tengok gambar aku time Kurus Kan?  Nah ni 1 gambar aku Kurus dulu.

55kg + (2016)
Amacam? Beza banyak gila an???  Hahahha










Friday, November 10, 2017

RESEPI KEBAB PALING SEDAP : James Oliver inspired recipe (Tacos version)

Tacos!

My homemade ground beef tacos!


haloo! so this recipe inspired by James Oliver mudah dan sangat sedap. Korang boleh cuba! 
I dah sediakan bahan-bahan and the steps as well boleh lah buat uolls okay.
 Selamat mencuba!


Bahan-bahan :

a) Caramelized onion
  • Bawang Holand
  • Gula perang
  • secubit garam
  • secubit aji na moto
  • minyak zaitun
  • mentega
  • cuka anggur/sunquick 
Cara-cara :

Buang kulit bawang and basuh pastu korang potong bawang tu bulat2 tebal 2 inci macam nak buat spring onion tu tapi tak yah lah ceraikan dorang.
Panaskan kuali, letak minyak zaitun & mentega 1 sudu. 
Masukkan 1 senduk gula perang & sedikit air supaya tak hangit. (lagi banyak gula lagi banyak lah kuah yang akan terhasil)
Susun bawang-bawang tadi atas gula perang tadi tu, letak hujung sudu besar jus sunquick/1 senduk besar cuka anggur, lada hitam, tabur garam & aji na moto. 
biarkan bawang korang tu dengan api perlahan supaya semua sos tadi tu meresap dalam bawang dan caramelized. hati2 time ni korang kena sambil2 tengok takut hangit sebab ada gula takut jus korang kering nanti hangit pulak. kalau sos dia nampak likat and bawang dah resap sos tu boleh dah tutup api & ketepikan.


b) Inti Daging Perap
  • Daging steak/ daging hancur ramly
  • Lada hitam
  • Secukup garam
  • Secubit aji na moto
  • Daun rosemary segar
  • Minyak Zaitun
Lumurkan olive oil, garam & pepper kat daging tu. tumbuk2 rosemary dekat daging korang tu supaya bau & rasa dia serap dalam daging. Peram waktu korang tengah sibuk sediakan caramelized onion korang tu. Bila dah siap dengan caramelized onion baru lah korang panaskan pan korang and drizzle lah sikit olive oil tu dan letak daging korang. setiap pemurkaan belakang dan depa daging di masak 3 minit. huu sedap weh ada juice daging tu slrpp.. dah siap boleh lah potong slice by slice.

c) Salad
  • Buah delima
  • Watercress/Selada air
  • Daun ketumbar
  • Lemon
  • minyak zaitun
Campurkan isi buah delima + watercress + daun ketumbar (cincang) + sesudu kecil olive oil + perah lemon sikit dan gaul semua.

d) Wrap
  • Tacos/ any subway bread honey oat/ italian/ wheat/ parmesan oregano
panaskan tacos atau roti subway korang atas pan and susun lah semua bahan2 tu dalam roti korang and siap!

p/s: Kalau korang buat nanti share lah dengan I. Post di Instagram dan tag saya di @nurhawania




Ini I punya hasil. jangan lupa share & tag okay! :D


Sunday, May 3, 2015

The BanQuet, Kuching

assalamualaikum!

Rasa nak update blog buat kali ke-2 untuk hari ini semua nya gara-gara terimbas kembali kenangan lama yang sudah setahun berlalu. Tiba-tiba tadi tengok gambar-gambar lama. Nak delete sayang. So apa kata update story dekat blog tak payah lah buang gambar tu. Ha....

Alahai ni semua gambar-gambar waktu dinner sem 1 dulu. Senior FSPPP manage dinner ni. Memang awesome gila. Dorang ni memang batch yang gempak lah. Wa salute sama dorang. Dengar cerita sekarang dorang semua dah kerja bagus. Ada yang duduk dalam parliament, ada yag dah jadi executive, manager, business man dan semua yang bagus-bagus.

based on my lecturer's story, those batch 2012 dorang macam rileks je exam on paper okay lah, tapi dorang ni da bomb gila bab2 kokurikulum. memang aktif gila kat UiTM i. Jadi emcee sana sini. Buat event sana sini. Yang paling obvious, batch dorang ni sangat respect lecturer dan appreciate lecturer. Dan batch dorang ni memang disayangi gila oleh para lecturer kat sini.

Well of course i was amazed with their batch. Sebab ada yang debator termasuk si Rahim tu. Gang senior Farid/ Somet dengan senior Zharif/Rahim tu. Entah lah aku teruja tengok semangat nak belajar dorang tu. Dorang ni memang aku jadikan benchmark lah kiranya. Ni kalau dorang tau mesti dorang kembang gila. hikhik.. okay tak nak citer panjang, yang penting dinner waktu sem 1 dulu at The Banquet Hotel memang superB! macam dinner VVIP!


kakyong maisarah time ni rock sikit tudung tak labuh lagi. Jangan marah kakyong. Kenangan dengan kau ni. 😊



dari kiri effa, yuyu, dan somet.


Okay thats mine. tapi tak pakai pun


Alolo ni kak erin dengan akim aku snap senyap2 hihi


That my girls! Aten, kak erin dan kak yong.


ha.. kak nida dan syah! 


Sampai sini sajalah dinner vvip kita. Semoga berjumpa di entri blog yang seterusnya. Good night everybody! I love you!

P/s : sayangilah diri mu! Xoxo! 😄





All of The Stars Lyrics By Ed Sheeran

It's just another nightAnd I'm staring at the moonI saw a shooting starAnd thought of youI sang a lullabyBy the waterside and knewIf you were here,I'd sing to youYou're on the other sideAs the skyline splits in twoI'm miles away from seeing youI can see the starsFrom AmericaI wonder, do you see them, too?So open your eyes and seeThe way our horizons meetAnd all of the lights will leadInto the night with meAnd I know these scars will bleedBut both of our hearts believeAll of these stars will guide us homeI can hear your heartOn the radio beatThey're playing 'Chasing Cars'And I thought of usBack to the time,You were lying next to meI looked across and fell in loveSo I took your handBack through lamp lit streets I knewEverything led back to youSo can you see the stars?Over AmsterdamYou're the song my heart isBeating toSo open your eyes and seeThe way our horizons meetAnd all of the lights will leadInto the night with meAnd I know these scars will bleedBut both of our hearts believeAll of these stars will guide us homeAnd, oh, I knowAnd oh, I know, ohI can see the starsFrom America

p/s : Ed Sheeran's voice is amazing. You guys should check out his songs more!!! Superb songs for Lego House and Thinking Out Loud go find them!!! He's so romantic! :D
x


Tuesday, April 14, 2015

BEKAL : NASI PUTIH DAN BAYAM HEBAT

Assalamualaikum!
Ya Allah sedapnya bekal hari ini. Dah lama sangat tak makan bayam. 
jadi hari ini bekalan kita ke universiti adalah nasi bersama bayam hebat. Sebab apa hebat? Sebab 5 minit je masak dia!
kekeke...

belanja gambar 1


Ha.. Kita kene ikut cakap menteri. GST? Student? Lantak ko, bawak ler bekal!
kekekke... so terasa derhaka kalau tak bawa bekal jadi berbekal lah kita ke universiti. LOL aku rasa dialog ni saa je every time aku update blog pasal bekal nih.

hmm..

okay haritu aku pergi Fit Malaysia dekat Plaza Merdeka, Kuching dan berlari. sumpah excited sebab aku pergi nak dapatkan medal je and sebab aku memang nak lari.
Macam biasa objektiv Fit Malaysia kan supaya rakyat Malaysia berbadan sihat dan cergas supaya lebih bertenaga nak buat kerja dan membawa ke arah Maju nya Malaysia!

Jadi, mesti lah banyak booth2 yang relate dengan kesihatan. So aku pergi lah booth ni after run and having food semua. Booth untuk cek darah semua cek kesihatan lah kan. 

Bila dah kira BMI, ambil darah, cek paras gula dan paras darah.... Aku didapati menghidap penyakit... sss... sss.. sss.. Ya Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku waktu tu. Aku tak dapat terima yang aku menghidapi penyakit... :'0 DARAH RENDAH!!!!

kekkeke.. kelakar sebenarnya sebab aku banyak makan, tapi darah rendah. So aku kene marah sikit lah. "Awak kene makan sayur hijau banyak... makan daging lebih ya.. dan... KURANGKAN GULA! makanan yang manis dia suruh aku kurangkan? Ah tidak... Aku dah lah pencinta coklat, kek, dan sewaktu dengan nya. Camne ni?

Okaylah sebab aku rakyat marhaen yang dengar kata, nak jadi rakyat yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara, aku ikut cakap doktor tu.

Tu lah sekarang ni makan sayur lebih sikit ya Hawa ya? 

nak resipi Bayam Hebat 5 Minit Jer Masak dia?

Simple jer!

3 Ulas bawang putih
Olive oil
Garam
Bayam
Telur sebiji

credit to tangan Fathin :P

Bayam ni kakyong belikan untuk aku. Alert betul dengan. Thanks Yong sayang kau! 
Murak satu ikat RM2.After potong and cuci bayam tu aku terus devide kan kepada 2 packet dalam plastik ni. Dah cuci senang bila nak masak ko terus campak je. Tadi sebelum gi kelas sempat masak bayam ni. 5 minit je. serius! Cuba lah ek.  Ha. Apa ek nama plastik ni tak ingat. Tapi ada kat giant. RM6.30. RM0.30 tu adalah GST. ha... amek ko!

Cara Masak :

Tumis bawang putih yang dihiris dengan olive oil. Masukkan sayur bayam. jangan sampai layu sangat hilang zat nanti. PAstu pecah telur. godek godek dan godek, tabur garam. Siap!

Masukkan nasi satu senduk dalam bekal dan masuk kan bayam. Fuhh sedap weh. cubalah eh nanti?
Kayh nak pi solat zuhur, nak check in tiket balik KL dan nak masuk kelas PRO!

Assalamualaikum! 



 

Sunday, April 5, 2015

RESEPI : FETTUCINI AGLIO OLIO (*SPECIAL* AKU OLAH SENDIRI)

Assalamualaikum semua!
Gatal nya tapak tangan nak berblog baru hari ni sempat blogin. kehkeh suke hati ko je blogin blogin eh?
:D
okay I nak share my own recipe Fettucine Olio-lio it's very my own sebab I guna apa-apa bahan yang ada je dekat rumah sewa tu. 
oh ye, memandangkan I stay luar of course lagi banyak lah duit mengalir macam ayaq walaupun kerja, tapi sesak juga lah purse kita kejap je dah kempis tambah-tambah akhir sem. dengan research yang berlambak, topup lagi kene gst 6%. topup RM50 kene bayor RM53. Sadis betul. Aku ni dah ler student. Eh terAku pulak. I ni dah la student. hua.. mana nak cekau duit ;'O

Okay tapi takpe, I ni gagah. Hati I kental. So I takleh nangis-nangis, sebab nangis air mata darah sekali pun barang-barang tetap mahal. So I yang perlu berubah belajar rerajin dan kerja bersungguh-sungguh. DAN! BERBERKAL lah kita ke Universiti...

hihi..
bekal I semua senang je. masak 5 minit je! Jimat masa!








Hawania's Fettuccine Olio-lio. Amacam? Tergoda tak? kehkehkeh ;)


Bahan-bahan :


Bawang putih, Cili Kering/Cili Api,
Fettucine San Remo, Isi Ayam/Daging/Sotong/Udang.
Honey, Lada Hitam, Mustard Powder,Olive Oil & Garam.

Cara-cara :
Mula-mula hiris bawang putih jangan nipis sangat sebab garlic sangatlah cepat hangus. Then awak hiris cili pula. Kalau nak pedas lagi, buat lah 5 biji cili aish pijar bunga-bunga. Lepastu awak potong lah isi ayam besar sikit sebab nanti masak dia kecut. potong besar sikit baru juicy. 

Okay ambil periuk dan isi air paip. rebuskan Fettuccine you all tu. Letak minyak dan garam sikit so dia tak sticky. 

Sambil tunggu fettuccine masak awak letak olive oil dalam kuali kering. Pastikan kering! kalau tak melatah aje ler kerja ko kat dapor tu nak elak kene minyak panas. Hahaha. pastu masukkan ayam dulu. dah garing sikit masuk cili then baru masuk kan garlic aka bawang putih. saute2 sampai warna keemas-emasan masukkan honey. Saute2 masukkan mustard. Lepas dah toskan fettuccine tadi sampai kering awak masukkan terus fettucini dalam bahan saute tadi. Gaul2 letak lah garam secukup rasa , black peper n mustard powder. Kalau tak nak mustard pun boleh. Gaul sampai rata. 

Seriously senang je recipe I buat ni memang I dah bajet siap dalam 5 MINIT JE... Takde alasan ko kata lambat nak bawa bekal. no! no! no! hehehe. 

dah siap. last sekali hiris daun sup dan perahkan sedikit lemon juice. Sempoi! masuk kan dalam tupperware dah jalan pi tunggu bus sana!

Ingat! don't ever-ever skip your breakfast! Sebab it will damages your brain. Tu yang nanti awak lemau aje nak pi kelas fikir pun lembap. 

okay semoga bermanfaat buat semua, I nak masuk kelas nak belajar Ethics. ooo.... I perlu lebih beretika menulis lepas ni. Takut reader kecil hati. hehehe

Good Luck uolls! Salam bekal! Selamat Berbekal lah kita ke Universiti!
Ingat! 
5 MINIT JE... Takde alasan ko kata lambat nak bawa bekal. no! no! no! hehehe. 

Assalamualaikum,
XOXO! :D

Orang makan kat cafe RM5 sekali makan. Kita cuma belanja RM20 untuk sebulan! Penjimatan 70%! hahaha :D



Tuesday, March 24, 2015

RESEPI : KERABU PUCUK PAKU

Assalamualaikum!
Cari resipi kerabu ke? kekeke.. Kalau ya ha.. anda orang yang bertuah sebab kerabu saya senang aje nak buat dan sedap!




Freshnya lah hai warna bunga kantan dengan pucuk paku bersama sedikit daun sup.

Almaklumlah bila dah ada rumah sendiri beramai-ramai membujang, dapur pulak tersedia, perut pulak semuanya perut tangki besar, makan nak sedap aje tapi nak bajet duit. jadi Vista Ilmu memang tempat yang begitu strategik lah sebab dekat dengan Everise. Sayur-sayuran seikat RM 1 je. hah.. 
memang akak suka sangat lah kan. 

Aku ni pesen kalau nampak aje terus ada idea nak masak apa sebab? sebab nak makan. hihihi...

So resipi dia mudah je :

Bawang besar (dihiris halus)
Pucuk paku 
Bunga Kantan
Daun Sup
Udang kering
Garam
Gula
Santan Pekat
Cili Hidup
Cili Api (sengenggam)
Limau Nipis/ Limau Kasturi

Ingat nak buat kerabu pucuk paku kerang, tapi terlupa nak beli kerang so aku buat jelah guna udang kering. Pun.. sedap juga low budget juga.. save.. 

Okay so cara-cara nya :

Tumbuk semua jenis cili bersama udang kering. Msukkan santan ke dalam periuk dan campurkan dengan semua bahan yang ditumbuk tadi. okay bila dah mendidih tutup api. 

Sambil tu, Hiris bawang dan bunga kantan serta daun sup.

Jangan lupa didihkan air dalam kuali. Letak satu sudu garam dalam air didihan tu. Lepastu masukkan pucuk paku. dalam 5 minit lepastu tutup api dan tuskan pucuk paku.

Okay sekarang sesi menggaul.

Campurkan pucuk paku, bunga kantan, daun sup, hirisan bawang. Gaulkan bersama santan yang sudah dimasak bersama bahan tumbuk tadi. Masukkan perahan jus limau dan gaul lagi bersama gula dan garam secukup rasa.

Siap! oh lupa pastikan santan korang dah sejuk sikit baru gaulkan bersama taknak sayur layu. hehe..
Selamat mencuba!


Kerabu Pucuk Paku Cik Hawa yang humble gitu.

P/s : lagi gemok lah kita kat sini... ummh