Tuesday, March 24, 2015

RESEPI : KERABU PUCUK PAKU

Assalamualaikum!
Cari resipi kerabu ke? kekeke.. Kalau ya ha.. anda orang yang bertuah sebab kerabu saya senang aje nak buat dan sedap!




Freshnya lah hai warna bunga kantan dengan pucuk paku bersama sedikit daun sup.

Almaklumlah bila dah ada rumah sendiri beramai-ramai membujang, dapur pulak tersedia, perut pulak semuanya perut tangki besar, makan nak sedap aje tapi nak bajet duit. jadi Vista Ilmu memang tempat yang begitu strategik lah sebab dekat dengan Everise. Sayur-sayuran seikat RM 1 je. hah.. 
memang akak suka sangat lah kan. 

Aku ni pesen kalau nampak aje terus ada idea nak masak apa sebab? sebab nak makan. hihihi...

So resipi dia mudah je :

Bawang besar (dihiris halus)
Pucuk paku 
Bunga Kantan
Daun Sup
Udang kering
Garam
Gula
Santan Pekat
Cili Hidup
Cili Api (sengenggam)
Limau Nipis/ Limau Kasturi

Ingat nak buat kerabu pucuk paku kerang, tapi terlupa nak beli kerang so aku buat jelah guna udang kering. Pun.. sedap juga low budget juga.. save.. 

Okay so cara-cara nya :

Tumbuk semua jenis cili bersama udang kering. Msukkan santan ke dalam periuk dan campurkan dengan semua bahan yang ditumbuk tadi. okay bila dah mendidih tutup api. 

Sambil tu, Hiris bawang dan bunga kantan serta daun sup.

Jangan lupa didihkan air dalam kuali. Letak satu sudu garam dalam air didihan tu. Lepastu masukkan pucuk paku. dalam 5 minit lepastu tutup api dan tuskan pucuk paku.

Okay sekarang sesi menggaul.

Campurkan pucuk paku, bunga kantan, daun sup, hirisan bawang. Gaulkan bersama santan yang sudah dimasak bersama bahan tumbuk tadi. Masukkan perahan jus limau dan gaul lagi bersama gula dan garam secukup rasa.

Siap! oh lupa pastikan santan korang dah sejuk sikit baru gaulkan bersama taknak sayur layu. hehe..
Selamat mencuba!


Kerabu Pucuk Paku Cik Hawa yang humble gitu.

P/s : lagi gemok lah kita kat sini... ummh







Saturday, February 7, 2015

RESEPI JERUK KEDONDONG ASAM BOI RANGUP



 Assalamualaikum!

Hahahaahhahah... Gelak orang kaya. Sebelum menulis nak gelak dulu sebab gembira mak aku bagi extra work on weekend hari lain busy dengan kelas. Seronok rupanya jadi financial consultant Takaful PruBSN ni sebab networking bertambah dan dapat kawan baru dan paling best sebab banyak bercakap. So siapa yang nak buat insurance for personal, family or for your child you can cotact or email me at sitinorhawania@gmail.com. Insurance yang aku jual ni bukan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) iaitu conventional insurance  yang ada riba', gharar (ketidakpastian) dan Maisir (Judi), Tapi Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) ni secured sumbernya. Sebab Takaful Prudential ada 2 jenis. So bagi yang Islam, berhati-hatilah dalam membeli sebarang perkara. Eh terpromote pulak.

Ok sambung balik topik  jeruk kita. Macamni, patient ibu bagi satu bag plastik kedondong. So rather than rotten, ibu suruh aku buat jeruk. I love pickles weh. Tapi banyak sangat tak larat eden nak mengupas seorang diri. Mujur ada my beloved cousin Kaktie and Aten and also my nephew yang singgah rumah atok kejap sebelum main rugby sama-sama mengupas kedondong. Ha, cepat sikit kerja siap. Yeay! :D


Dalam gambar nampak sikit. Tapi banyak juga sebenarnya. Letih jari-jemari kami mengupas buah kedondong ni :P


Tara.... Lega dah siap kupas dan siap dipotong lagi. Sekarang tinggal nak gaul bersama bahan-bahan :D


Kelmarin baru buat jeruk mangga asam boi rangup. Sekejap je habis! Dah topup dengan 2 biji besar jambu batu yang bersamaan 2 mangkuk besar. Habis juga! Gembira betul rasa hati ini apabila apa yang kita masak apa yang kita buat orang makan. Seronok lah :D Jadi harini rezeki lagi buat jeruk kedondong asam boi rangup pula ;)

Bahan-bahan :

Buah kedondong/ mangga muda/ jambu batu (nak mix pun boleh. Sedap juga :D)
Asam boi merah
Asam serbuk home made (Asam limau dan asam masin dikisar bersama)
Gula satu senduk
Cili api 15 biji

Cara-cara :

Potong buah jeruk. Jangan terlalu nipis sebab nanti dia lembik. Jangan terlalu tebal sebab nanti keras pula kang patah gigi palsu ko sebab nak makan jeruk. Kahkahkah... So cut in medium dan rendam dalam air sejuk supaya rangup! krup... krup.. krup.. woah... feeling...!

Lepas rendam buah tadi masukkan asam boi merah dan asam kisar tadi dan gaul. Bagi rata habis kayh. Kemudian masukkan gula tadi. Make sure buah tadi kering. Tos kan buah tadi guna penapis sebab nanti bila letak gula, nanti gula tu cair. Baru rasa jeruk tu pure.

After masuk gula, potong cili halus-halus dan gaulkan bersama buah tadi. Siap! Dah boleh masukkan ke dalam peti ais.  Tunggu lepas 4-5 jam jeruk dah boleh makan.

Pasti korang feel gila. Sebab rangup dan masam-masam manis. Podas-podas sikit. Fuuhhh Walllllaaah!

So, korang pun mesti boleh buat juga. Rasa air tangan sendiri lagi puas. So selamat mencuba :D



Siap bungkus lagi untuk Kaktie bawak pergi kerja kat KLIA. Semoga bahagia makan jeruk sambil bekerja Kaktie :D


Wednesday, February 4, 2015

Langkawi : Pantai Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Makam Mahsuri

Assalamualaikum!!!

Wah terasa 'fresh' betul di blog ini amaklumlah firstimer blogging.
Kesiannya lambat betul aku mencuba.
Kihkihkih...

So my first story here is about my friends and I were having the very first time trip together in Langkawi last week.

Sumpah Best gila! Langkawi is one of the best and good place in Malaysia for you guys to go shopping and chill with loved one.

So we chose the cheapest package to stay for 3D2N.
Kitorang pilih satu pakej yang paling murah satu kepala RM105 included :
 
kereta + penginapan (chalet) + island hopping 

perghh wa cakap lu memang puas hati dengan pakej ni sebab chalet ni betul-betul depan pantai Chenang dan memang berpatutan. Pagi-pagi je dah keluar main air, main pasir. Dan sudah semestinya, selfie. Heh.

After cheked-in chalet, kitorang keluar balik cari makan sebelum ke makam mahsuri. Dalam perjalanan nak cari warung 2 kali we all terlepas warung. Finally terjumpa satu warung ni kecik je simple and nice.
PERGH!!! makan kat warung ni best gila! Sedap! Murah! aku, kak ikin and kak nab makan nasi berlauk. Aku ambil lauk apa entah tapi bunyi nya macam mencarut pun ada. Segan juga nak sebut. Tapi sumpah power doh rasa masakan dia meresap sampai ke villus usus aku. Yang lain order goreng-goreng ajer. Tapi sedap jugak. Lupa pula nama warung ni apa. Hmm next time boleh makan sana lagi.

Lepas makan terus menuju ke makam mahsuri dan kitorang beli bedak sejuk rambai yang warna pink tu. Best pakai, jerawat ko mengecut. Belilah ya. Gamat pun banyak. Tapi aku berkenan dengan rokok resdung. So aku beli dan time tu jugak aku minta lighter kat Shafiq. Pastu isap rokok resdung tu. Pergh aku tak suka rasa rokok tu pahit nak mampus. Well ubat kan? Isap aje lah. Asalkan sembuh.

Malam tu kitorang semua shopping cekelat  lepas tu jalan-jalan di downtown beli baju, shades dan sebagainya. Alah, downtown ni macam uptown lah kat Danau Kota tu. Sama je. Tapi sini panjang and banyak lane lah.

 Ni baru cekelat dalam bag susie, belum tengok bag semua orang lagi... haih gembira rasanya.


Hari ke-2 lepas subuh je kitorang cari pantai jap main-main sikit. Then we went to jeti for island hopping. Whilst tunggu air pasang kitorang makan dekat kedai yang hampir dengan jeti tu dekat area parking kereta. Perghhh!!! lagi sekali wa cakap lu berdentum-dentam hempedu ko! Terbaik!!!!

Disebabkan aku tak boleh buang air besar selama 3 hari, pagi tu aku paksa makan 2 senduk nasi, ayam goreng, kuah masak lemak cili api, sotong sambal, sambal belacan dengan ulam. Jarang aku makan order air sekali. Tapi ini kali, disebabkan semua orang yang follow trip ni especially yang satu kereta dengan aku tak tahan dengan sikap aku yang asyik membedil je seminit 30 das, dengan bau nya mashaallah teruk gila! Almaklumlah tak boleh melabur selama 3 hari berturut-turut, what do you expect bro? Memang aku order satu Teh-O ais limau ler.

Tapi tak ada rasa nak melabur langsung walaupun dah makan banyak gila. Perut aku toksah cakaplah, dah macam preggy mommy 3 bulan. Malu I tau. --".. Ummh redha jelah. Nak buat macam mana, tak kan nak tahan kentut, sakit lah. Kang tak pepasal buasir. Kan dah satu hal nak mengantar aku ke hospital. herh...

Lepas sedap makan bergambor dulu, dan ready for island hopping! ( Persinggahan ke 3 tempat : Pulau Beras Basah, Pulau Singa dan Tasik Dayang Bunting) Cool gila doh. Pakcik boat bawak laju gila kira kalau spedo kereta tu dah lebih dari 200 speed lah kira spedometer tu boleh pecah lah. pulak tu boleh pulak dia buat lap atas laut tu. Aku dah lah yang paling tepi. Memang tertelan air laut jelah. Bergaram mulut aku. Sumpah best. Bukan tak pernah pergi Langkawi ni. Pernah. Cuma bila trip dengan kawan ni, adui syok nya memang syok lah! Nanti korang plan lah eh? :)

Belanja sikit gambar.

Fefeeling artis yang bawah ni haih...

         ni apa pesen pon aku tak tahu lah


yang ni semua jakun tambah pulak yang seluar kelabu selipar merah tu


 Yeay melompat dengan lebih tinggi! :D


bananananana... boat pun ada!


by s4 galaxy zoom


Yang indah-indah ni captured at Beras Basah Beach. SubhanAllah. Memang cantik ciptaan Allah :)


Tasik Dayang Bunting. Cuba korang perhatikan betul-betul. Dari kanan, kepala, dada dan perut.



with beautiful girls near pantai chennang



Ini lah antara muka yang tersiksa duduk dengan aku sepanjang trip ni. hihihi sayang korang :* Muah satu kali.
Selesai Island Hopping, naik cable car pulak. Ya Allah Ya Tuhan ku! Memang cantik memang indah muka bumi Allah. Tapi aku bersumpah! This is my first and last aku naik cable car. Takut weh!
Muka aku tak payah cakap lah betapa pale nya. Hilang darah aku entah ke mana.

Belanja muka pucat sikit.


Senyum paksa


Dah tak boleh senyum sangat walaupun  dipaksa





Nah lega bila dah sampai atas. Tapi sama jugak sebab nanti kena turun naik cable car balik. hmmm....




oh cool gila atas ni udara sejuk, nyaman. Fefeeling di Australia sangat. ummh...

Selesai dengan cable car, kitorang zasss balik chalet sebab nak main banana boat! wuhho!
Malangnya, aktiviti yang aku nak buat sangat ni lah sangkut. Tetiba pula dia nak sakit perut. Terkemut-kemut aku. Dahlah sakit perut, nak pindah apartment pulak tu. Nasib apartment classy daripada chalet. Jamban terbaik. Tip top! Memang 1/2 jam aku betapa dalam bilik air tu. Yang lain seronok berbanana boat. Tak ada rezeki. Tak mengapalah.

Lepas jamak taqdim, malam tu kitorang jalan lagi topup lagi cekelat dan cari makan. Singgah funfair jap. Last destination Dataran Helang. Then balik packing barang sebab esok dah nak balik kl.

So inilah antara kenangan kelat manis sepanjang percutian kami di Langkawi. Moga dimurahkan rezeki untuk trip lain pula. Ke Krabi mungkin? :)

Terima kasih bagi yang sudi membaca blog baru saya ni. 

Ceria-ceria selalu! Assalamualaikum. :D






RESEPI : JERUK MANGGA ASAM BOI RANGUP

Assalamualaikum!!!


Harini nak share cara membuat jeruk mangga asam boi rangup. Jeruk asam boi ni HOT gila masa aku di Sarawak last sem sampai family aku di Semenanjung menggila buat jeruk dekat rumah masing-masing (sepupu-sepapat). 

Lepastu mendajal aku dengan share gambar jeruk mangga asam boi home made diorang tu yang baru keluar dari chiller dekat group whatsapp cucu-cicit James Ahmad. Terliur aku. Tengok aje ler yang mampu.

Ha kesian kan? Takpelah sebab aku memang plan nak buat jeruk ni cuti sem nanti.

Dan hari ini aku buat jugak  jeruk mangga asam boi akhirnya!
Kihkih.
Aku pun boleh buat lah. 
Tapi.... lambat sikit lah dari korang semua. Hihihi ;p






4 biji mangga muda
1 paket asam boi/ asam masin
6 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar garam
Setengah biji lemon
10 biji cili api


Cara-caranya :


Potong 4 biji mangga ikut suka hati korang nak tebal atau nipis mana.

Rendam mangga dalam air sejuk setelah dipotong supaya rangup pabila digigit nanti. Pergh! sure terangkat!

Rendam dalam 5 minit dah cukup tak payah lama-lama kang kecut pulak magga kamu tu. Kiki... (Ketawa. Tak ada kena-mengena dengan sterenglock)

Campak asam boi, gula, garam, cili api dan perah lemon. Dan mulakan senaman mengecilkan engan dengan menggoncangkan tupperware korang tu. Tapi kalau korang nak sopan sikit gaul ler dengan senduk ya.

Lemon tu saja aku tambah sendiri sebab aku ni hantu asam. Suka nau makan pelam. Disebabkan mangga yang aku beli kat pasar borong ni tadi mangga lemak, aku tambah lemon sikit. Kalau korang nak tambah la sikit cuka. Tapi aku rasa orang lain tak buat macam aku buat ni kot. Sebab macam over je cara aku. 

Erk --"!

Dah siap gaul tu boleh simpan dalam peti sejuk 4 ke 5 jam. Siap! Senangkan?

Selamat mencuba! :D