Tuesday, April 14, 2015

BEKAL : NASI PUTIH DAN BAYAM HEBAT

Assalamualaikum!
Ya Allah sedapnya bekal hari ini. Dah lama sangat tak makan bayam. 
jadi hari ini bekalan kita ke universiti adalah nasi bersama bayam hebat. Sebab apa hebat? Sebab 5 minit je masak dia!
kekeke...

belanja gambar 1


Ha.. Kita kene ikut cakap menteri. GST? Student? Lantak ko, bawak ler bekal!
kekekke... so terasa derhaka kalau tak bawa bekal jadi berbekal lah kita ke universiti. LOL aku rasa dialog ni saa je every time aku update blog pasal bekal nih.

hmm..

okay haritu aku pergi Fit Malaysia dekat Plaza Merdeka, Kuching dan berlari. sumpah excited sebab aku pergi nak dapatkan medal je and sebab aku memang nak lari.
Macam biasa objektiv Fit Malaysia kan supaya rakyat Malaysia berbadan sihat dan cergas supaya lebih bertenaga nak buat kerja dan membawa ke arah Maju nya Malaysia!

Jadi, mesti lah banyak booth2 yang relate dengan kesihatan. So aku pergi lah booth ni after run and having food semua. Booth untuk cek darah semua cek kesihatan lah kan. 

Bila dah kira BMI, ambil darah, cek paras gula dan paras darah.... Aku didapati menghidap penyakit... sss... sss.. sss.. Ya Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku waktu tu. Aku tak dapat terima yang aku menghidapi penyakit... :'0 DARAH RENDAH!!!!

kekkeke.. kelakar sebenarnya sebab aku banyak makan, tapi darah rendah. So aku kene marah sikit lah. "Awak kene makan sayur hijau banyak... makan daging lebih ya.. dan... KURANGKAN GULA! makanan yang manis dia suruh aku kurangkan? Ah tidak... Aku dah lah pencinta coklat, kek, dan sewaktu dengan nya. Camne ni?

Okaylah sebab aku rakyat marhaen yang dengar kata, nak jadi rakyat yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara, aku ikut cakap doktor tu.

Tu lah sekarang ni makan sayur lebih sikit ya Hawa ya? 

nak resipi Bayam Hebat 5 Minit Jer Masak dia?

Simple jer!

3 Ulas bawang putih
Olive oil
Garam
Bayam
Telur sebiji

credit to tangan Fathin :P

Bayam ni kakyong belikan untuk aku. Alert betul dengan. Thanks Yong sayang kau! 
Murak satu ikat RM2.After potong and cuci bayam tu aku terus devide kan kepada 2 packet dalam plastik ni. Dah cuci senang bila nak masak ko terus campak je. Tadi sebelum gi kelas sempat masak bayam ni. 5 minit je. serius! Cuba lah ek.  Ha. Apa ek nama plastik ni tak ingat. Tapi ada kat giant. RM6.30. RM0.30 tu adalah GST. ha... amek ko!

Cara Masak :

Tumis bawang putih yang dihiris dengan olive oil. Masukkan sayur bayam. jangan sampai layu sangat hilang zat nanti. PAstu pecah telur. godek godek dan godek, tabur garam. Siap!

Masukkan nasi satu senduk dalam bekal dan masuk kan bayam. Fuhh sedap weh. cubalah eh nanti?
Kayh nak pi solat zuhur, nak check in tiket balik KL dan nak masuk kelas PRO!

Assalamualaikum! 



 

No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa? Tanya lah..