Thursday, 17 September 2015

Waffle Berinti Strawberry

Kenapa waffle berinti strawberry jadi topik untuk blog harini? Sebab dia orang UMNO.

Waffle, thank you sebab kau dah berjaya mempermainkan cinta kau sendiri dan menggadai maruah kau depan keluarga aku. Tahniah sebab kau berjaya guna ilmu sihir kau semata nak dapatkan perempuan. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Allah swt tak akan simpan lama orang yang berniat jahat ni memang pasti akan terbongkar kejahatannya. Tahniah sebab kau buat aku sakit selama satu tahun. Disebabkan sihir kau aku tak boleh belajar, aku hilang fokus sebab aku menanggung sakit yang orang lain tak pernah tahu. Kau biarkan sihir dan jin kau menggodak rahim aku, melupakan kesetiaan aku kepada satu2 nya lelaki yang aku pernah sayang dalam hidup aku. Dan cuba memisahkan aku dari keluarga aku. Dan paling aku sakit hati, kenapa kau sihir lelaki yang aku sayang juga? Kau memang kejam Waffle! Walaupun kau sejenis makanan yang berkebolehan seperti manusia. Ya kau kejam! Aku dah mula sayangkan kau Waffle tapi setelah aku dapat tahu kau sihir aku, hancur harapan aku Waffle. Aku doakan Kau Waffle bersama inti merah strawberry kau tu bertaubat kepada Allah swt dengan secepat mungkin.

Bersyukur aku sebab Allah swt bongkarkan kejahatan kau sebelum aku kenal kau dengan lebih lagi. Semoga Allah swt memberi hidayah kepada mu Waffle Berinti Strawberry yang aku pernah sayang dulu. Selamat Tinggal!


2 comments :