Sunday, April 5, 2015

RESEPI : FETTUCINI AGLIO OLIO (*SPECIAL* AKU OLAH SENDIRI)

Assalamualaikum semua!
Gatal nya tapak tangan nak berblog baru hari ni sempat blogin. kehkeh suke hati ko je blogin blogin eh?
:D
okay I nak share my own recipe Fettucine Olio-lio it's very my own sebab I guna apa-apa bahan yang ada je dekat rumah sewa tu. 
oh ye, memandangkan I stay luar of course lagi banyak lah duit mengalir macam ayaq walaupun kerja, tapi sesak juga lah purse kita kejap je dah kempis tambah-tambah akhir sem. dengan research yang berlambak, topup lagi kene gst 6%. topup RM50 kene bayor RM53. Sadis betul. Aku ni dah ler student. Eh terAku pulak. I ni dah la student. hua.. mana nak cekau duit ;'O

Okay tapi takpe, I ni gagah. Hati I kental. So I takleh nangis-nangis, sebab nangis air mata darah sekali pun barang-barang tetap mahal. So I yang perlu berubah belajar rerajin dan kerja bersungguh-sungguh. DAN! BERBERKAL lah kita ke Universiti...

hihi..
bekal I semua senang je. masak 5 minit je! Jimat masa!








Hawania's Fettuccine Olio-lio. Amacam? Tergoda tak? kehkehkeh ;)


Bahan-bahan :


Bawang putih, Cili Kering/Cili Api,
Fettucine San Remo, Isi Ayam/Daging/Sotong/Udang.
Honey, Lada Hitam, Mustard Powder,Olive Oil & Garam.

Cara-cara :
Mula-mula hiris bawang putih jangan nipis sangat sebab garlic sangatlah cepat hangus. Then awak hiris cili pula. Kalau nak pedas lagi, buat lah 5 biji cili aish pijar bunga-bunga. Lepastu awak potong lah isi ayam besar sikit sebab nanti masak dia kecut. potong besar sikit baru juicy. 

Okay ambil periuk dan isi air paip. rebuskan Fettuccine you all tu. Letak minyak dan garam sikit so dia tak sticky. 

Sambil tunggu fettuccine masak awak letak olive oil dalam kuali kering. Pastikan kering! kalau tak melatah aje ler kerja ko kat dapor tu nak elak kene minyak panas. Hahaha. pastu masukkan ayam dulu. dah garing sikit masuk cili then baru masuk kan garlic aka bawang putih. saute2 sampai warna keemas-emasan masukkan honey. Saute2 masukkan mustard. Lepas dah toskan fettuccine tadi sampai kering awak masukkan terus fettucini dalam bahan saute tadi. Gaul2 letak lah garam secukup rasa , black peper n mustard powder. Kalau tak nak mustard pun boleh. Gaul sampai rata. 

Seriously senang je recipe I buat ni memang I dah bajet siap dalam 5 MINIT JE... Takde alasan ko kata lambat nak bawa bekal. no! no! no! hehehe. 

dah siap. last sekali hiris daun sup dan perahkan sedikit lemon juice. Sempoi! masuk kan dalam tupperware dah jalan pi tunggu bus sana!

Ingat! don't ever-ever skip your breakfast! Sebab it will damages your brain. Tu yang nanti awak lemau aje nak pi kelas fikir pun lembap. 

okay semoga bermanfaat buat semua, I nak masuk kelas nak belajar Ethics. ooo.... I perlu lebih beretika menulis lepas ni. Takut reader kecil hati. hehehe

Good Luck uolls! Salam bekal! Selamat Berbekal lah kita ke Universiti!
Ingat! 
5 MINIT JE... Takde alasan ko kata lambat nak bawa bekal. no! no! no! hehehe. 

Assalamualaikum,
XOXO! :D

Orang makan kat cafe RM5 sekali makan. Kita cuma belanja RM20 untuk sebulan! Penjimatan 70%! hahaha :D



No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa? Tanya lah..