Wednesday, February 4, 2015

Langkawi : Pantai Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Makam Mahsuri

Assalamualaikum!!!

Wah terasa 'fresh' betul di blog ini amaklumlah firstimer blogging.
Kesiannya lambat betul aku mencuba.
Kihkihkih...

So my first story here is about my friends and I were having the very first time trip together in Langkawi last week.

Sumpah Best gila! Langkawi is one of the best and good place in Malaysia for you guys to go shopping and chill with loved one.

So we chose the cheapest package to stay for 3D2N.
Kitorang pilih satu pakej yang paling murah satu kepala RM105 included :
 
kereta + penginapan (chalet) + island hopping 

perghh wa cakap lu memang puas hati dengan pakej ni sebab chalet ni betul-betul depan pantai Chenang dan memang berpatutan. Pagi-pagi je dah keluar main air, main pasir. Dan sudah semestinya, selfie. Heh.

After cheked-in chalet, kitorang keluar balik cari makan sebelum ke makam mahsuri. Dalam perjalanan nak cari warung 2 kali we all terlepas warung. Finally terjumpa satu warung ni kecik je simple and nice.
PERGH!!! makan kat warung ni best gila! Sedap! Murah! aku, kak ikin and kak nab makan nasi berlauk. Aku ambil lauk apa entah tapi bunyi nya macam mencarut pun ada. Segan juga nak sebut. Tapi sumpah power doh rasa masakan dia meresap sampai ke villus usus aku. Yang lain order goreng-goreng ajer. Tapi sedap jugak. Lupa pula nama warung ni apa. Hmm next time boleh makan sana lagi.

Lepas makan terus menuju ke makam mahsuri dan kitorang beli bedak sejuk rambai yang warna pink tu. Best pakai, jerawat ko mengecut. Belilah ya. Gamat pun banyak. Tapi aku berkenan dengan rokok resdung. So aku beli dan time tu jugak aku minta lighter kat Shafiq. Pastu isap rokok resdung tu. Pergh aku tak suka rasa rokok tu pahit nak mampus. Well ubat kan? Isap aje lah. Asalkan sembuh.

Malam tu kitorang semua shopping cekelat  lepas tu jalan-jalan di downtown beli baju, shades dan sebagainya. Alah, downtown ni macam uptown lah kat Danau Kota tu. Sama je. Tapi sini panjang and banyak lane lah.

 Ni baru cekelat dalam bag susie, belum tengok bag semua orang lagi... haih gembira rasanya.


Hari ke-2 lepas subuh je kitorang cari pantai jap main-main sikit. Then we went to jeti for island hopping. Whilst tunggu air pasang kitorang makan dekat kedai yang hampir dengan jeti tu dekat area parking kereta. Perghhh!!! lagi sekali wa cakap lu berdentum-dentam hempedu ko! Terbaik!!!!

Disebabkan aku tak boleh buang air besar selama 3 hari, pagi tu aku paksa makan 2 senduk nasi, ayam goreng, kuah masak lemak cili api, sotong sambal, sambal belacan dengan ulam. Jarang aku makan order air sekali. Tapi ini kali, disebabkan semua orang yang follow trip ni especially yang satu kereta dengan aku tak tahan dengan sikap aku yang asyik membedil je seminit 30 das, dengan bau nya mashaallah teruk gila! Almaklumlah tak boleh melabur selama 3 hari berturut-turut, what do you expect bro? Memang aku order satu Teh-O ais limau ler.

Tapi tak ada rasa nak melabur langsung walaupun dah makan banyak gila. Perut aku toksah cakaplah, dah macam preggy mommy 3 bulan. Malu I tau. --".. Ummh redha jelah. Nak buat macam mana, tak kan nak tahan kentut, sakit lah. Kang tak pepasal buasir. Kan dah satu hal nak mengantar aku ke hospital. herh...

Lepas sedap makan bergambor dulu, dan ready for island hopping! ( Persinggahan ke 3 tempat : Pulau Beras Basah, Pulau Singa dan Tasik Dayang Bunting) Cool gila doh. Pakcik boat bawak laju gila kira kalau spedo kereta tu dah lebih dari 200 speed lah kira spedometer tu boleh pecah lah. pulak tu boleh pulak dia buat lap atas laut tu. Aku dah lah yang paling tepi. Memang tertelan air laut jelah. Bergaram mulut aku. Sumpah best. Bukan tak pernah pergi Langkawi ni. Pernah. Cuma bila trip dengan kawan ni, adui syok nya memang syok lah! Nanti korang plan lah eh? :)

Belanja sikit gambar.

Fefeeling artis yang bawah ni haih...

         ni apa pesen pon aku tak tahu lah


yang ni semua jakun tambah pulak yang seluar kelabu selipar merah tu


 Yeay melompat dengan lebih tinggi! :D


bananananana... boat pun ada!


by s4 galaxy zoom


Yang indah-indah ni captured at Beras Basah Beach. SubhanAllah. Memang cantik ciptaan Allah :)


Tasik Dayang Bunting. Cuba korang perhatikan betul-betul. Dari kanan, kepala, dada dan perut.



with beautiful girls near pantai chennang



Ini lah antara muka yang tersiksa duduk dengan aku sepanjang trip ni. hihihi sayang korang :* Muah satu kali.
Selesai Island Hopping, naik cable car pulak. Ya Allah Ya Tuhan ku! Memang cantik memang indah muka bumi Allah. Tapi aku bersumpah! This is my first and last aku naik cable car. Takut weh!
Muka aku tak payah cakap lah betapa pale nya. Hilang darah aku entah ke mana.

Belanja muka pucat sikit.


Senyum paksa


Dah tak boleh senyum sangat walaupun  dipaksa





Nah lega bila dah sampai atas. Tapi sama jugak sebab nanti kena turun naik cable car balik. hmmm....




oh cool gila atas ni udara sejuk, nyaman. Fefeeling di Australia sangat. ummh...

Selesai dengan cable car, kitorang zasss balik chalet sebab nak main banana boat! wuhho!
Malangnya, aktiviti yang aku nak buat sangat ni lah sangkut. Tetiba pula dia nak sakit perut. Terkemut-kemut aku. Dahlah sakit perut, nak pindah apartment pulak tu. Nasib apartment classy daripada chalet. Jamban terbaik. Tip top! Memang 1/2 jam aku betapa dalam bilik air tu. Yang lain seronok berbanana boat. Tak ada rezeki. Tak mengapalah.

Lepas jamak taqdim, malam tu kitorang jalan lagi topup lagi cekelat dan cari makan. Singgah funfair jap. Last destination Dataran Helang. Then balik packing barang sebab esok dah nak balik kl.

So inilah antara kenangan kelat manis sepanjang percutian kami di Langkawi. Moga dimurahkan rezeki untuk trip lain pula. Ke Krabi mungkin? :)

Terima kasih bagi yang sudi membaca blog baru saya ni. 

Ceria-ceria selalu! Assalamualaikum. :D






No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa? Tanya lah..