Saturday, February 7, 2015

RESEPI JERUK KEDONDONG ASAM BOI RANGUP



 Assalamualaikum!

Hahahaahhahah... Gelak orang kaya. Sebelum menulis nak gelak dulu sebab gembira mak aku bagi extra work on weekend hari lain busy dengan kelas. Seronok rupanya jadi financial consultant Takaful PruBSN ni sebab networking bertambah dan dapat kawan baru dan paling best sebab banyak bercakap. So siapa yang nak buat insurance for personal, family or for your child you can cotact or email me at sitinorhawania@gmail.com. Insurance yang aku jual ni bukan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) iaitu conventional insurance  yang ada riba', gharar (ketidakpastian) dan Maisir (Judi), Tapi Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) ni secured sumbernya. Sebab Takaful Prudential ada 2 jenis. So bagi yang Islam, berhati-hatilah dalam membeli sebarang perkara. Eh terpromote pulak.

Ok sambung balik topik  jeruk kita. Macamni, patient ibu bagi satu bag plastik kedondong. So rather than rotten, ibu suruh aku buat jeruk. I love pickles weh. Tapi banyak sangat tak larat eden nak mengupas seorang diri. Mujur ada my beloved cousin Kaktie and Aten and also my nephew yang singgah rumah atok kejap sebelum main rugby sama-sama mengupas kedondong. Ha, cepat sikit kerja siap. Yeay! :D


Dalam gambar nampak sikit. Tapi banyak juga sebenarnya. Letih jari-jemari kami mengupas buah kedondong ni :P


Tara.... Lega dah siap kupas dan siap dipotong lagi. Sekarang tinggal nak gaul bersama bahan-bahan :D


Kelmarin baru buat jeruk mangga asam boi rangup. Sekejap je habis! Dah topup dengan 2 biji besar jambu batu yang bersamaan 2 mangkuk besar. Habis juga! Gembira betul rasa hati ini apabila apa yang kita masak apa yang kita buat orang makan. Seronok lah :D Jadi harini rezeki lagi buat jeruk kedondong asam boi rangup pula ;)

Bahan-bahan :

Buah kedondong/ mangga muda/ jambu batu (nak mix pun boleh. Sedap juga :D)
Asam boi merah
Asam serbuk home made (Asam limau dan asam masin dikisar bersama)
Gula satu senduk
Cili api 15 biji

Cara-cara :

Potong buah jeruk. Jangan terlalu nipis sebab nanti dia lembik. Jangan terlalu tebal sebab nanti keras pula kang patah gigi palsu ko sebab nak makan jeruk. Kahkahkah... So cut in medium dan rendam dalam air sejuk supaya rangup! krup... krup.. krup.. woah... feeling...!

Lepas rendam buah tadi masukkan asam boi merah dan asam kisar tadi dan gaul. Bagi rata habis kayh. Kemudian masukkan gula tadi. Make sure buah tadi kering. Tos kan buah tadi guna penapis sebab nanti bila letak gula, nanti gula tu cair. Baru rasa jeruk tu pure.

After masuk gula, potong cili halus-halus dan gaulkan bersama buah tadi. Siap! Dah boleh masukkan ke dalam peti ais.  Tunggu lepas 4-5 jam jeruk dah boleh makan.

Pasti korang feel gila. Sebab rangup dan masam-masam manis. Podas-podas sikit. Fuuhhh Walllllaaah!

So, korang pun mesti boleh buat juga. Rasa air tangan sendiri lagi puas. So selamat mencuba :D



Siap bungkus lagi untuk Kaktie bawak pergi kerja kat KLIA. Semoga bahagia makan jeruk sambil bekerja Kaktie :D


2 comments:

  1. Replies
    1. Kavi you must try. Very easy and yummy weh. makan sambil tengok tv sejuk2 kelua dari chiller xp

      Delete

Nak tanya apa? Tanya lah..